20 tahun lalu ketika saya berusia sembilan tahun
Di rumah berhampiran sawah itulah saya tinggal bersama ayah,ibu dan kakak.Rumah kami terletak jauh dari jiran-jiran di sekeliling.Jarak yang jauh itu juga membataskan hubungan kami dengan mereka.Selain bersawah,ayah dan ibu mengusahakan kebun sayur-sayuran dan buah-buahan.
Seawal 5.30 pagi,saya dan kakak akan bangun untuk ke sekolah yang terletak kira-kira 2.5 kilometer jauhnya.Dalam perjalanan kami akan membuka kasut.Kami tidak mahu kasut sekolah kotor.Saya masih ingat suatu hari ketika berkaki ayam,kaki kakak berdarah kerana terpijak duri.Kakak berjalan terjengket-jengket hinggak ke sekolah.Pada waktu cuti pula,saya dan kakak akan menolong ayah dan ibu di sawah atau di kebun.
Petang,saya dan kakak akan sering bermain di atas sebuah batu besar yang agak rata permukaannya.Seronok rasanya apabila berdiri di atas batu itu.Kami dapat melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas.Disitulah kami akan membuat kerja-kerja rumah dan membaca buku yang di pinjam dari perpustakaan sekolah.
Ada kalanya kami berbaring di atas batu itu memandang awan yang berarak.Saya tunjuk pada kakak awan yang bermacam macam bentuk,kadangkala seperti orang,kadangkala seperti haiwan.Di atas batu besar itulah juga kami merenung langit biru yang terbentang saujana mata memandang.
Ketika hamper senja,kakak akan bercerita tentang si Kancil,si Monyet,si Gagak,si Luncai,Pak Pandir,Lebai Malang dan sebagainya.Semunya di atas batu itu.Saya terhibur mendengar cerita kakak.
Masa berlalu begitu pantas.Kakak yang saya sayangi hampir mencecah 13 tahun usianya.Dia akan berhijrah ke sekolah menengah pula.Saya termenung sedirian,sunyilah saya nanti sebab kakak akan tinggal di asrama.Sekolahnya pula terletak agak jauh dari kampung
Saya masih kecil lagi ketika itu,tetapi saya faham apa makna kesedihan.Saya tidak dapat menahan perasaan mengenangkan tiada lagi teman bermain,membuat kerja-kerja rumah dan bercerita di atas bati besar itu.Saya keseorangan membantu ibu dan ayah dan bersendirian di atas batu besar itu.Tiada lagi suara kakak bercerita tentangn si Gagak,si kancil,si Monyet,dan si Luncai.Awan yang berbagai-bagai bentuknya dan langit biru yang terbentang luas hanya untuk saya tatap sendirian
Pada hari keberangkatan kakak,saya berada di atas batu itu dengan perasaan yang amat sedih.Saya berasa seperti kehilangan sesuatu yang selama ini seolah-olah menjadi milik saya.
Saya memerhatikan saja kakak melangkah menyusur tebing sawah.Tangan kanannya menjinjing beg,manakala tangan kiri mengesat air mata yang jatuh luruh membasahi pipi.Seperti saya,ayah dan ibu juga turut sedih dengan perpisahan tersebut.Di di atas batu itu,saya biarkan saja air mata mengalir.Jauh di sudut hati,tidak langsung saya relakan pemergian kakak.
Kakak melangkah perlahan-lahan semakin lama semakin jauh.Sesekali dia memaling ke belakang dan melambaikan tangan kepada saya yang masih berdiri di atas batu besar itu.Hari-hari seterusnya saya lalui seperti seorang yang telah patah semangat.
Tiga bulan berlalu.Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba.Saya berasa teramat gembira kerana cuti sekolah telah bermula dan ini bermakna saya boleh berjumpa dengan kakak! Hati saya telah berjanji akan menunggu kepulangan kakak di atas batu tempat kali terakhir saya melihatnya.
Setiap saat saya teringatkan kakak.Saya membayangkan kami akan bermain di atas batu besar itu lagi dan sebelum senja,kakak akan bercerita kisah binatang lain pula.Mungkin si Beruang, mungkin si Harimau, atau si Nyamuk, apa saja.Saya ingin mendengarnya sambil baring di atas batu besar itu memandang awan dan langit yang membiru.
Sehari sebelum kepulangan kakak,tiba-tiba kami didatangi oleh tiga orang lelaki berpakaian kemas dan segak.Mereka memperkenalkan diri sebagai guru di sekolah tempat kakak sedang belajar.Tidak di sangka kedatangan tiga orang tetamu itu membawa berita pahit untuk di telan.Kami dimaklumkan bahawa kakak telah terlibat dalam satu kes keracunan makanan di asrama.
Apa??!! Mendengarkannya sahaja,saya rasa seolah-olah jantung bagai disentap kuat.Tambah membuatkan hati saya terhiris apabila mereka memberitahu kakak tidak dapat di selamatkan.
Seperti ayah dan ibu,dunia ini bagaikan gelap-gelita.Hati saya hancur berkecai seiring dengan gugurnya butir-butir jernih dari kelopak mata.Saya sama sekali tidak menyangka permergian kakak tiga bulan yang lalu merupakan pemergiannya yang terakhir dan kami tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi.Sedangkan di dalam hati saya sentiasa berharap detik-detik indah kami bersama berulang semula.
Hati saya sering bertanya mengapa kakak terlalu awal meninggalkan kami sedangkan perjalanan yang harus kami tempuhi masih terlalu jauh.Teringat saya pada kata-kata kakak.Dia pernah memberitahu saya bahawa apabila dewasa nanti,dia ingin menjadi seorang guru.
Setelah ketiadaannya,kata-kata itulah yang mendorong saya untuk terus berusaha kuat dalam perlajaran.hasrat kakak yang tidak kesampaian itu telah berjaya saya penuhi biarpun itu bukan cita-cita saya pada awalnya.
Saya cuba sedapkan hati dan menganggap kakak Cuma melayari lena yang panjang,tapi sering kali saya tewas.Batu besar itu masih di situ.Setiap kali memandangnya akan terbayanglah kenangan-kenangan indah bersama kakak dan tanpa saya sedar,titis-titis jernih air mata gugur lagi?.